Antologi Cerpen Penulis Wanita Borneo: Perempuan, Cinta, dan Maruah

Antologi Cerpen Penulis Wanita Borneo: Perempuan, Cinta, dan Maruah
Antologi Cerpen Penulis Wanita Borneo: Perempuan, Cinta, dan Maruah

Judul: Antologi Cerpen Penulis Wanita Borneo: Perempuan, Cinta dan Maruah

Penerbit: Iris Publishing & Distributors, Malaysia

Tahun Terbit: 2017

Tebal: 350 Halaman

Pengantar: Prof. Lim Swee Tin

Penyelenggara: Kathirina Susanna Tati

Penulis

  1. Andriani SJ Kusni (Kalimantan Tengah) – Patendu
  2. Asiah Aliszaman (Sabah) – Hotel Desa Raya
  3. Dayangku Mastura Pg. Ismail (Sabah) – Janganlah Jauh
  4. Dayang Mary Marlini Abg Adeni (Sarawak) – Kasih Keringkam
  5. Fatimah Haji Othman (Brunei Darussalam) – Pohon Pisang
  6. Haini Karno (Sabah) – Sangai-Sangai
  7. Harsanti Sudiharto (Kalimantan Timur) – Mata Bara
  8. Inni Indarpuri (Kalimantan Timur) – Kedai Kopi Dinda
  9. Jamilah Haji Epin (Sarawak) – Pipus
  10. Kathirina Susanna Tati (Sabah) – Perempuan, Cinta, dan Maruah
  11. Kuniah (Sabah) – Peralihan
  12. Laila Sari Haji Bakar (Brunei Darussalam) – Realiti Kehidupan
  13. Lina Mohamed Lin (Sabah) – Timung
  14. Noveta Christina (Kalimantan Timur) – Gaharu
  15. Noor Aisyah Maidin (Sabah) – Dan Angin Pun Berbisik
  16. Nur Fatihah LB Abdullah (Sabah) – Haruman Tuhau
  17. Radzemah Bolhassan (Sarawak) – Pemento
  18. Riani Rahman (Brunei Darussalam) – Redha dengan Ujian-Mu
  19. Rodiah Hj Said (Sabah) – Perempuan di Padang Gurun
  20. Rozeline Vitalis (Sabah) – Mahligai Bahagia
  21. Ruhaini Matdarin (Sabah) – Mandiri
  22. Sari Aziz (Kalimantan Timur) – Hancapi Badatang
  23. Sosonjan A. Khan (Brunei Darussalam) – Fuhyoo! Demi Cinta
  24. Sunita Sahidin (Sabah) – Mandakap Rindu
  25. Suryani Haji Ariffin (Brunei Darussalam) – Sandiwara
  26. Susannah Abd Raup (Sarawak) – Hilangnya Bunga Cina

 

Kata Pengantar

Prof. Madya Dr. Lim Swee Tin

Mendekati ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ seumpama memasuki keragaman ruang kreativiti pengarang wanita Borneo.

Pendahuluan

Saya menerima seberkas karya, berupa cerpen. Sejumlah 26 cerpen karya 26 penulis  Borneo. Seluruhnya wanita. Kerana itu, ia dinamai ‘Kumpulan Cerpen Wanita Borneo’. Secara jelasnya mereka berkarya di sini. ‘Perempuan, Cinta dan Maruah,’ sebuah himpunan karya yang tiba di tangan saya penuh tanda tanya; apakah bertema penyertaannya, atau dibenarkan kebebasan berkreatif. Saya tentunya memilih yang kedua itu, kerana demikian rasa keterujaan untuk nanti ikut berada di dalam setiap karya.

Cerpen naratif yang relatif singkat. Umumnya, cerpen hanya mengangkat sesebuah isu atau satu persoalan sahaja. Ia bersifat tertumpu kepada sesuatu pemikiran yang telah dipilih dan dicerna baik oleh pengarang; tidak sebagai novel yang jauh lebih panjang, banyak persoalan yang dihujahkan di dalamnya. Subjek yang idea pokoknya mungkin sahaja satu, serta tekal dibicarakan sepanjang penceritaan, watak pun pelbagai. Fokusnya terang di situ.

Dengan gemblengan sarana sastera, dan kelicikan seseorag pengarang menggubah karya, cerpen menjadi menakjubkan. Pembaca mencari estetik dari karya. Pembaca inginkan nilai tambah kepada kematangan dalam diskusi tentang sesuatu topik, selebihnya pembaca mahu melihat kekuatan watak dan perwatakan bagi menjadi cerminan kepada diri pula; baik bersifat keilmuan mahupun teladan. Dengan yang demikian, naratif meninggalkan impak makna.

Mengggunakan andaian bahawa karya yang mendukung ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ terpilih, dengan latar pengarang yang sedemikian menarik, saya sebegitu teruja menggaulinya. Saya mencari kesenian di dalamnya, bukan sekadar kisah-kisah. Saya inginkan kebijaksanaan daripadanya juga, di samping sesuatu yang menghiburkan. Maka, di sini, bermulalah sebuah keakraban antara seorang pembaca dengan sekalian pengarang yang menghadiahi ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ pertukangan estetik yang sedang saya telusuri.

Memperkatakan Karya dalam ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’

CERPEN berjudul ‘Patendu’ dipenuhi elemen mimpi dan bayang. Sehingga seolah-olah menjadi arahan bahawa seluruh isi ceritanya hanyalah bayang-bayang yang muncul dari mimpi. Kata-kata Nikolai tentang perilaku pembisnis pun seumpama mimpi. Menampilkan watak Tenri Mastura yang berpendirian teguh, lihat bagaimana dia tidak goyah oleh kata-kata Nikolai. Dia tegas berpegang kepada prinsip diri  bahawa,  ‘Salah jika caranya salah.’ Rezeki itu daripada Tuhan. Dia menolak saranan muslihat perniagaan Nikolai kerana baginya mulia menjagai nama dan kehormatan. Lagi jelas, hidup ini bagi mencari keredhaan. Ternyata, yang ini bukan mimpi. Bukan juga bayang-bayang! Untuk menyukai bahasa Andriani S. J. Kusni tidaklah sukar, kerana sangat jelas kelincahannya menggarap. Deskripsinya bagus. Dialognya kuat menyokong, dengan setiapnya bermakna. Latarnya cantik sekali. Nyata, dalam imaginasi pembaca, tanpa perlu dipaksa-paksa untuk melihatnya terang di dalam fikiran. Jangka saya, Andriani S. J. Kusni pengarang berpengalaman, di tangannya karya timbul remang-remang, ciri khas kreativiti yang mengesankan.

‘Hotel Desa Raya’ oleh Asiah Aliszaman mengangkat subjek kejujuran dan prasangka. Ketaksuban Patrick kepada angka 13 mengundang ingin tahu. Perhubungan akrab tiga sahabat; Patrick,  ‘Aku’ (Fuad) dan Dianne kekasihnya seakan-akan sudah boleh ditebak adanya sengketa akibat cinta segi tiga. Mereka berkongsi membeli saham, kemudian memiliki Hotel Desa Raya, di sebuah desa pedalaman yang indah. Namun, ada sesuatu yang merenyukkan hubungan serta kehidupan apabila timbul cemburu, dan sikap haloba yang mengiringi langkah tiga usahawan muda ini. Demikian, Patrick ‘terbunuh’, di bilik mandi bernombor 13.  Emosi dan perasaan rupa-rupanya banyak menguburkan impian manusia.

Cerpen ‘Janganlah Jauh’ sebuah garapan padat diselaputi elemen budaya; tarian Ngayau dan Singkowoton. Karya mengangkat subjek keakraban persahabatan. Welnie mewarisi kesenian nenek moyang serta ingin mempertahankannya. ‘Aku’, tatkala mengkaji warisan budaya setempat, secara tersirat dan penuh perlambangan menggambarkan keakraban antara Sarawak dan Semenanjung. Karya ini bersifat multitafsiran. Teknik pemerian digembleng Dayangku Mastura Pg. Tahir secara maksimum dalam persoalan kepada pembaca. Maklumat tentang kesenian, kebudayaan, bahkan tentang penyakit yang dihidapi ‘Aku’ diperikan secara terperinci lagi berinformatif. Pewarnaan setempat meyakinkan. Masukan istilah perubatan moden dan istilah khusus bidang kesenian menawarkan dimensi ilmu pengetahuan.

Dayang Mary Marlini bt Abg Adeni mengangkat elemen budaya juga dalam ‘Kasih Keringkam’, iaitu tradisi dan kepandaian menghasilkan keringkam; sejenis selendang atau tudung yang diperbuat darupada kain lembut, yang dihiasi sulaman benang halus berwarna emas dan perak. Kisah diangkat melalui watak Humaira, dalam situasi ibunya jatuh sakit serta dirawat di hospital. Ada kekesalan kerana menerima tawaran bekerja di Kuala Lumpur, bukan menyokong atau membantu ibunya di kilang menghasilkan keringkam. Konflik hubungan adik-beradik bagi merebut kepentingan perniagaan ditimbulkan pengarang. Konflik ditimbulkan lagi apabila wujud rasa saling mencurigai niat kepulangan Humaira oleh Mak Ngahnya. Dayang Mary Marlini tidak memerlukan gemblengan psikologi yang kuat apabila menjadikan keringkam sebagai pengikat kasih sayang keluarga pada penghujung cerita.

Fatimah Hj. Othman menghasilkan ‘Pohon Pisang’ dengan mengangkat erti kasih sayang dan pengorbanan.  Dalam konteks kehidupan semasa, nilai ini telah banyak menyusut. Pengarang menggunakan protagonis ‘semangat pokok pisang’ dipadukan dengan watak gadis muda yang diberi nama ‘Ayu.’ ‘Hubungan cinta’ kedua-duanya ternyata tidak mungkin boleh berlaku; alam mereka berlainan. Akan tetapi, benarkan ia berlainan? Alam dan manusia tidak boleh terpisah; saling memerlukan. Ketika inilah, perlahan-lahan pengarang mempertahankan bahawa ada kalangan manusia yang masih menghargai sekali pun ‘sepohon pisang’ yang telah banyak berjasa kepadanya. Naratif cuba mengaplikasikan gaya persembahan realisme magis sebaik-baiknya, yang tidak menyempadankan perlakuan unsur alam dan makhluk manusia; perasaan dan keupayaan berfikir.

‘Sangai-sangai’ terbina naratifnya melalui watak Karno (Satur), anak yatim piatu, yng menghadapi kegetiran hidup saat perang dunia. Pelbagai pengalaman direntasi. Terpenting perjalanan jauhnya ke Estet Lobou. Di sini, dia menemui Mandur Sharif Raden Winata, seorang tokoh agama, yang kemudian juga adalah bapa angkatnya. Naratif dikembangkan dengan menyaksikan Satur menzahirkan keinginannya memeluk Islam, menggunakan nama Karno. Karno, akibat memerosotan pengeluaran estet berhijrah ke Daerah Keningau. Di sini, dia dan beberapa rakannya ‘membuka’ sebuah kampung, bernama Sangai-sangai. Di Sangai-sangai, Karno terkenal kerana berupaya menyembuhan banyak pesakit; antaranya anak pak cik berfahaman pagan, dan kapten Jepun. Namun, dakwahlah keutamaanya sehingga mendapat pengiktirafan kerajaan negeri dan telah diabadikan di Muzium daerah Keningau. Selaku pengarang, Haini Karno ternyata berjaya merentetkan sekelumit pengalaman hidup Karno yang barangkali disandarkan kuat ketabahan serta keteguhan perwatakan.

Harsanti Binti Sudiharto mengangkat subjek kemanusiaan secara telus dan sejujurnya lewat ‘Mata Bara’. Tahun-tahun terbaik dan paling berjaya dalam kehidupan pasangan Bara dan Mey mula meluntur waima oleh hal-hal kecil yang segera diperbesar. Peristiwa besar tatkala ibunya (Mey) tenat, Bara bahkan enggan mengizinkannya pula menziarah. Alasannya, bimbang Mey tidak akan pulang-pulang lagi. Harsanti melonjakkan plot dengan mencipta perwatakan Bara yang luar biasa; saat-saat tertentu ‘matanya adalah sepasang kupu-kupu, terbang rendah di taman yang berbunga,’ manakala di ketika yang lain, ‘sorot matanya yang tajam siap menghiris apa saja yang ia anggap salah dan tak sesuai.’ Demikian kontradik, dan ini tidak menghairankan ketika marah tidak mengizinkan Mey pulang sementara ibu sudah menghembuskan nafas, pelakuan seksnya beralih kebinatangan. Apakah yang upaya dilakukan seseorang jika berada dalam kondisi seperti itu, namun tindakan Mey sudah tentu menyalahi hukum dan moral.

Inni Indarpuri melalui ‘Kedai Kopi Dinda’ seperti menghidangkan naratif yang bernaunsa mistirius. Karya tentang ‘Aku’ yang ‘tak memberi ruang kepada mitos.’ ‘Aku’ yang bersiap-siap membuka kedai kopi, diminta ibu mengikutinya dahulu ke upacara sesajen, bagi memberi hidangan kepada buaya kuning peninggalan datuk demi memakmurkan perniagaannya. Muhamad Diandra – dibahasakan ‘Aku’, Kanda, kekasihnya yang dijangka menyebelahinya, rupa-rupanya berfikiran sana sebagaiman ibu juga, masih percaya ritual yang bukan-bukan. Ibu bertegas masih mengamalkan ritual, percaya buaya kuning – mistik, ghaib dan keramat. Naratif mempertemukan pembaca pelbagai amalan dan istilah seperti sesajen yakni memberi makan buaya, perantara atau penambai, air larungan – mengubati pesakit, ritual buang-buang, yang memperkaya pengetahuan. Peristiwa aneh yang menimpa ‘Aku’ memuncakkan naratif dan konflik muncul dalam dirinya peri ‘kebanggaan akan kemodenan akan runtuh jika kesombonganku tetap bertakhta.’ Demikian, karya mencirikan tradisi dan pemikiran baharu dalam satu olahan yang meruangkan diskusi. Menceburi bidang perniagaan mungkin impian banyak orang. Hal ini dipamerkan dalam ‘Kedai Kopi Dinda’ sebelum ini, walaupun naratifnya kemudian dipautkan kuat kepada beberapa amalan kepercayaan masyarakat.

‘Pipus’ karya Jamilah Bt Hj. Epin @ Angahmimin mengetengahkan subjek  perniagaan. Walaupun dilakukan secara kecil-kecilan, Izun memperlihatkan idealisme anak muda yang ingin mengubah hidup. Tercetus daripada anjuran Elin, sahabatnya ketika mereka di Sarikei menggerakkan hati Izun. Perniagaan kecil-kecilan menjual pipus bagaimanapun menampakkan kemajuan yang pantas. Namun, di tengah-tengah itu ada musibah menimpa. Kejadian samun yang dihadapi Izun barangkali merencatkan sedikit ruang kebebasannya bergerak terutama pada waktu malam, akan tetapi tidak menjejaskan kekuatannya.  Subjek menceburi perniagaan diangkat banyak ke dalam karya, namun Jamilah Bt Hj. Epin @ Angahmimin mempunyai kaedahnya yang tersendiri.

Persoalan kasih sayang menjadi subjek yang digarap baik melalui ‘Perempuan, ibuku, Cinta dan Maruah’ karya Kathirina Susanna Tati.  Setelah kematian ayah dan ibu, Inah menjadi anak yatim piatu. Inah dijagai makcik Farah, tetapi anaknya Maznah bersikap kasar, tidak bertimbang rasa dan biadap terhadap Inah. Ketika muncul cakap-cakap bahawa dia anak pungut, Inah bersedih. Setahunya Mariam ibunya, walau bagaimanapun makcik Farah mendedahkan bahawa dia sebenarnya anak orang gaji, hasil hubungan terlarang ayahnya dengan orang gaji, Dona, gadis dari Zamboanga, Filipina. Inah sukar menerimanya. Kasihnya kepada Mariam mengatasi yang lain. Ini kerana Mariam menjagainya sejak hari pertama dia dilahirkan. Dona kemudian kembali ke Filipina. Bagi Inah, hanya Mariam ibunya. ‘Perempuan, Ibuku, Cinta dan Maruah’ sebuah naratif sarat nilai. Apakah pembaca perlu mendefinisikan semula konsep ibu kalau menggunakan pengertian dari kasih sayang Inah terhadap Mariam setelah membaca cerpen ini? Naratif terbangun sempurna menggunakan sarana sastera yang digemblengkan secukupnya.

‘Peralihan’ garapan Kuniah @ Anthonia Gilung menggunakan premis keperibadian protagonis Rutom yang terpaksa berdepan tantangan-tantangan getir ‘peralihan’ dalam diri di tengah arus usia. Rutom, anak desa yang telah berjaya dalam pelajaran dan kerjaya menyedari akan hakikat asal-usulnya. Namun, setelah berjaya, mempunyai isteri yang bertanggungjawab dan selalu setia di sisinya, Hawa, serta empat orang anak, Rutom dihasut Libido, Si Hitam, Setan, Ego, Superego, sungguh mencabar. Dia awalnya yang bersahabat baik dengan Alim kini beransur-ansur terpengaruh hasutan. Perkembangan plot naratif selanjutnya menyaksikan banyak episode kehancuran dilaluinya. Ternyata, naratif ini ditandai banyak simbol dan perlambangan. Tatkala Libido, antara si antagonis yang mengajaknya ke ‘kebun’ untuk bersuka ria, ia menjurus kepada nikmat dunia yang kemudian menyesatkannya. Demikian, perlambangan ‘kudis buta’ yang merujuk wabak penyakit yang dihidapi. Si Putih dan Alim pula ternyata tertewaskan kali ini sehingga menjerumuskan nasib Rutom ke lembah yang hina.

Realiti kehidupan pada usia tua seringkali digambarkan dengan penuh kemurungan dalam banyak karya. Ia sekali gus membimbang bahkan menimbulkan kegusaran kepada orang lain juga. Demikian, Pak Haji Ismit, yang telah mencecah 80 tahun usianya. Tindak tanduknya belakangan ini cukup merisaukan anak perempuannya, satu-satunya anak yang masih tinggal bersamanya, dan Kuswadi yang ditugaskan khusus menjagainya.  Demikian pengisian ‘Realiti Kehidupan’ karya Laila Sari Binti Hj. Bakar. Pak Haji Ismit pernah ada pengalaman tersasar tatkala memandu pulang dari masjid. Dia juga selepas itu keluar rumah seawal jam empat pagi, tanpa tujuan yang pasti, dan ditemui dalam keadaan keletihan. Mujurlah dia dijumpai sepasang suami isteri yang menghantarnya pulang. Pak Haji Ismit bahkan memberitahu usianya baru 37 tahun. Semua perubahan ini merupakan antara realiti kehidupan yang harus dihadapi.

‘Timung’ secara realtifnya membicarakan jati diri atau keperibadian.   Noor Sabah Lina membawa pembaca menelusuri sikap dan sifat kasih sayang seorang kakak, Dang Pian yang berusaha serta begitu teruja mendapatkan timung untuk dihidangkan kepada adiknya, Badin yang lama belajar di luar negara, tegasnya di London. Namun, ia tidak setimpal apabila Dang Pian yang pernah berkorban dengan sanggup berhenti sekolah semata-mata untuk memberi laluan kepada si adik, akan tetapi hari si kakak yang penuh nsotalgia ini hanya dibalas dengan tindakan melukakan merupakan satu kejutan dalam karya. Badin beristeri wanita Inggeris yang sombong, Kathy. Belum apa-apa, dia tergesa-gesa pulang ke London semula, sambil menolak memakan timung yang disifatkan makanan kampung yang kotor dan berbau hanyir. Dang Pian bukan sahaja berkecil hati, malahan berasa amat kecewa. Naratif membariskan mesej moral yang patut dijadikan panduan terutama dalam menilai sikap diri.

‘Gaharu’ karya Noveta Christina menggaru emosi pembaca secara yang sangat senyap dan kadang-kadang terlihat sayup serta jauh. Ia tentang keinginan manusia merubah nasib diri sehingga muncul dialog seorang anak yng mulia, “Ibu tak inginkah ke kota? Membeli pakaian yang bagus, perhiasan yang indah?” Demikian, kegiatan mencari kayu gaharu untuk mendapatkan pulangan kewangan mengisi subjek naratif ini. Namun, di sebalik itu teks tetap tersisip jalinan kisah yang jauh menyayat kepada si ibu, apabila lelakinya pergi untuk mencari gaharu dan tidak pulang-pulang lagi mengisi kenangan yang tak terpadamkan. Kini, si anak yang mendewasa pula akan pergi. Ibu mengharapkan dia kembali. Perubahan emosi dan perkembangan psikologi, semuanya memautkan minat pembacaan.  Garapan Noveta Christina padat menggembleng setiap jurus sarana sastera menjadikan ‘Gaharu’ persis sebuah filem pendek, sempurna dan tinggi estetik.

‘Dan Angin Pun Berbisik’ karya Noor Aisyah Maidin adalah melodrama yang sederhana. Kelihatan bahawa tujuan penulisannya untuk menyentap emosi pembaca.  Demikian, Yan yang bertemu kembali dengan Asri, kekasih lampaunya, saat Asri sudah bercerai dengan Hana, dan Yan sendiri sudah pun berpisah dengan Hazmi. Masing-masing sudah punyai anak. Kisah percintaan yang terlerai di pertengahan jalan, dan perkahwinan yang tidak bahagia serta berakhir dengan perceraian bukan subjek baharu dalam naratif kita yang banyak. Apa pun, corak penyampaian menjadikan ‘Dan Angin Pun Berbisik’ terasa segar. Bagaimana orang dewasa meranumkan kembali rasa cinta yang tergendala merupakan sesuatu yang kadang-kadang memikat pembacaan. Pengarang tidak berlebih-lebih tatkala mendeskripsikan emosi. Semuanya cukup terjana melalui gemblengan sarana sastera serta deskripsi yang sewajarnya. Jalinan saspens yang mudah ditebak bagaimanapun dikejutkan semula dengan pengakhiran yang kelihatannya bijak.

‘Haruman Tuhau’ oleh Nur Fatihah NB Abdullah adalah tentang keazaman seorang anak untuk mendaki tangga kejayaan bagi membahagiakan keluarga. Demikian pengarang menggunakan ‘Aku’ (Yuli) sebagai watak utama, pelajar yang baru menamatkan SPM, ditawarkan melanjutkan pelajaran di peringkat matrikulasi hasil pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan. Angan-angan awalnya untuk menyertai pertandingan ratu – Unduk Ngadau pada Perayaan Tadau Kaamatan terlerai begitu sahaja. Kini, pada Yuli sekeping ijazah pasti direbut membalas kasih mamanya, biar ia seharum tuhau. Naratif gubahan Nur Fatihah NB Abdullah sangat sederhana, dengan episodnya ke Pekan Bongawan bertujuan menjejaki tempat kerja kakaknya kurang berimpak. Sebagai anak remaja, minda Yuli bagaimanapun dipenuhi khayalan;  memiliki kerjaya yang sempurna, juga ada wang yang katanya pelbagai warna, dan sebagainya adalah wajar. Ada beberapa istilah setempat diperkenalkan, seumpama sumandak, tadau, kaamatan, unduk, ngadau, mokirayou, kalakati, pounsikou, termasuk tuhau, dan ini memberi nilai tambah keilmuan kepada pembaca.

Radzemah Bolhassan menghasilkan ‘Pemento.’ Pemento ialah penangkap ketam. Kedua-dua, Seron dan Aser merupakan penangkap ketam. Ada kegigihan dalam diri mereka, di samping ada juga usaha untuk memajukan medan mencari rezeki ini. Berjaga malam, menurunkan dan menjaga pento merupakan rutin kedua sahabat ini . Hasil tangkapan bagaimanapun dimanipulasi orang tengah.  Pembeli ketam seumpama Haji Openg bersikap menindas, membelei dengan harga yang tidak berpadanan. Susulan ini, Seron dan Aser nekad menjualnya sendiri di bandar Sibu. Ada kemajuan yang dicapai atas usaha mencabar ini. Akan tetapi, kedua-duanya puas. Naratif dipapar secara konvensional, mudah dicerna pembaca dengan sedikit elemen humor seperti kelambu yang diikat mereka bagi mengelak gigitan nyamuk tergantung pada pokok keesokan paginya. Tidak banyak, namun ada mesej, jika hendak dikirakan khususnya dalam konteks membina kesedaran untuk berdikari.

‘Perempuan di Padang Gurun’ karya Rodiah Hj. Said. Narataif ini sebuah teks bersifat filosofikal. Ia juga seumpama garapan surrealis. Padang gurun secara realitinya padang pasir kering yang luas. Tapi, melalui naratif ini ia digambarkan sebagai ruang tempat berkumpul perempuan yang mencurigai diri sendiri sesungguhnya berubah bentuk menjadi simbol. Bertolak dari premis ini, cerita dikisarkan dengan tertib mengisikan sebab-musabab serta gambaran emosi, fikiran dan psikologi secara berlambangan, misalnya tempat di mana ‘seluruh perasaan harus hidup’ sedangkan ‘aku’ sendiri ‘tidak pernah merasakan jiwaku hidup’, satu gambaran kontradik yang tajam. Selain itu, watak terasa ‘dikurung dan dikunci’, ada serangga dan burung-burung kecil melintas ‘seperti mentertawakan’ da nada pula ‘sekumpulan burung gagak’ berterbangan.  Naratif selanjutnya mendiskusikan secara yang  sangat tersirat soal cinta, kebenaran dan keadilan. Akan tetapi, ‘Aku’ sehingga akhir masih gagal melepaskan diri. ‘Perempuan di Padang Gurun’ menuntut taakulan yang tinggi.

‘Mahligai Bahagia’ karya Rozeline Vitalis bertolak daripada isu adat dalam masyarakat Kadazandusun. Premis ini digunakan dalam konteks untuk menjelaskan bahawa masyarakat masih memerlukan adat tersebut. Ia mempunyai implikasi positif sekalipun zaman sudah berputar. Ia bahkan memberi dorongan besar kepada Felix, protagonis  yang digambarkan masih kuat mempercayainya. Perkahwinan sesama saudara menuntut si lelaki membayar sogit yang dipanggil pitas; berupa seekor kerbau yang akan disembelih sebelum hari perkahwinan untuk menjamu orang-orang kampung demi menolak bala ‘kepanasan’  kerana berkahwin dengan saudara. Felix yang tidak membantah demi cintanya juga kepada Felicia, berusaha keras membuka ladang kelapa sawit bersendirian di Tambatuton untuk mengumpul wang bagi mencapai impiannya menyunting dan memperisteri Felicia. Sekalipun timbul keraguan akan  kematangan fikiran sementelah usianya masih muda serta keupayaan tenaganya membuka ladang tersebut, ia menjadi tidak penting lagi apabila amalan adat diletakkan tinggi olehnya. Demikian, di tangan Rozeline Vitalis dengan garapannya, ‘Mahligai Bahagia’, memberi makna kesenian kreatif kepada pembaca.

Kemelut dan gelora perasaan seorang anak yang berhadapan bapa yang menghidap kanser diungkapkan dalam ‘Redha dengan Ujian-Mu’ karya Riani Rahman. Menggunakan ‘Aku’ sebagai watak utama, atau Yanti, naratif bergerak pantas memerihalkan awal mula dikesan kanser pada bapa. Yanti seorang doktor perubatan, berpendidikan sehingga ke luar negara, iaitu Kanada, namun Kekuasaan Tertingggi ialah pada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Selaku manusia, kita hanya mampu berikhtiar. Demikian, Yanti merujukkan bapanya kepada Dr. Shamsul, seniornya. Pembedahan yang dijalani bapa tidak berupaya menyembuhkannya. Bapa meninggal. Sebagai manusia, Yanti tetaplah kerdil di sisi Yang Esa. Dia akur bahawa ketentuan Yang Esa itu pasti tiba. Bapa pergi meninggalkannya.

‘Mandiri’ karya Ruhaini Matdarin sedikit menggugah tafsiran. Subjek yang ditawarkan berbalut sepotong peritiwa kehidupan si penyajak dan isterinya dalam lingkungan ‘perbincangan’ tentang kedudukan, peranan pengarang serta letak kesusasteraan sebagai wadah memancarkan makna kemanusiaan. Ia bersalut kebenaran. Kebenaran kreatif ini meletakkan si penyajak (protagonis) yakin bahawa hidup sederhana adalah tuntutannya, caranya ialah dengan menukar karya kepada (melalui watak isteri) barangan keperluan hidup sehari-hari di pasar. Keberanian apakah yang dibentangkan pengarang melalui naratif ini? Ia beraroma sinikal. Namun, lebih jauh daripada itu, demikianlah barangkali keyakinan pengarang akan peranan sastera dan sumbangan para sasterawan. Sasterawan dan karya seharusnya sejajar kehidupan manusia. Jika berlebihan, ia sudah tidak relevan lagi. Lihatlah bagaimana seorang deklamator misalnya, dengan lontaran suara ‘pendekar tersesat zaman’ yang telah diusir, atau ‘penjayak yang menjual sejarah, budaya dan agama’ bagai mengajak pergi berperang. Tidak menghairankan apabila si isteri menganjurkan si penyajak keluar ke tengah kehidupan massa. Bahawa kesederhanaan jugalah yang bermakna pada akhirnya jelas menjadi tunjangan naratif ini.  Naratif sebenarnya menawarkan makna berlapis-lapis, selain itu. Teks tidak hanya berkisar perjuangan hidup si penyajak dan isterinya, atau sekilas diperikan kemewahan yang memudaratkan (helikopter Ali Hassan mengganggu ketenteraman hidup di kejiranan), atau sahaja Aminah dengan teksi BMW tetapi ‘ingin kembali ke dunia asalnya.’ Naratif secara tegas dan sejujurnya mahu mengungkapkan hakikat kesusasteraan, sumbangan karya dan peranan pengarang sekali gus.

Sari Aziz menghasilkan ‘Hancapi Badatang’ mengisarkan persoalan lamaran perkahwinan Alisya. Kadarsyah, kekasihnya ternyata merasakan masih belum berkemampuan untuk urusan tersebut. Keadaan ini menjadikan situasi sulit dan membingungkan Kadarsyah.  Disipisi budaya suku Banjar, naratif dikembangkan dengan pengarang menanjakkan plot dengan lintasan niat bunuh diri Kadarsyah yang semakin buntu fikirannya. Saranan rakan-rakan bahkan tidak mampu mencarikannya jalan keluar.  Demikian, nasib si penganggur Kadarsyah. Alisya yang tersepit bahkan mengatur strategi berunding dan merayu agar ayah Kadarsyah membantu menyediakan wang hantaran dengan cara menjual tanah warisan. Namun, tidak juga berjaya. Naratif sebenarnya ditukangi baik, cukup menyeragamkan sarana sastera dengan mesej yang positif buat renungan, terutama tentang ketidakcekapan dalam memadu cinta atau tidak mengukur baju di badan sendiri.

Persoalan cinta juga mengisi cerpen ‘Fuhyoo! Demi Cinta’ oleh Sosonjan A. Khan yang memotretkan kelukaan hati Soo San. Soo San bercinta dengan Ah Him. Mereka pernah memadu cinta di Phuket, kenangan yang sukar dihapuskan dari ingatan Soo San. Di Puncak  Bangunan Tak Mao Nay, Soo San nekad mengakhiri hidupnya, alias membunuh diri  (lintasan bayangan yang serupa dialami Kadarsyah dalam ‘Hancapi Badatang’). Peri sikap manusia yang pendek akal serta terbuai cinta penuh kepalsuan dideskripsikan secara implisit serta berbaur humor. Sejak awal mula bertentangan mast antara Soo San dengan Ah Him, sehingga cinta mereka berkubur, kisah cinta dangkal ini disimplistikkan dengan momokan dalam hubungan pengarang menganjurkan kematangan berfikir.

Kehilangan merupakan sesuatu yang sukar dihadapi oleh sesiapa sahaja. Apa-apa pun yang hilang pasti mengundang kerusuhan di jiwa. Sama ada ia kecil mahupun besar, kurang ataupun tersangat penting, kehilangan tetapkan kehilangan. Apa tah jikalau yang hilang itu seorang suami. Demikian ‘Mendakap Rindu’ karya Sunita Sahidin memerikan secara bertahap kerusuhan di jiwa Zarah apabila suaminya, Yusof hilang di Hutan Simpan Kapuk yang disedari beberapa rakan sekerjanya yang lain. Naratif ini mendeskripsikan secara rinci pergolakan emosi yang dialami Zarah, mulai hari pertama kehilangannya, sehingga beberapa bulan kemudiannya. Penanggungannya amat berat, apa yang ada selebihnya sebagaimana digambarkan melalui cerpen ini hanyalah pengharapan – sebuah pengharapan agar suatu hari kelak suaminya akan pulang.

Ungkapan bahawa dunia adalah pentas bagi pelbagai tarian hidup anak manusia sudah seringkali kedengaran. Ia disebut di mana-mana; di dalam ucapan mahupun penulisan.  Pengarang, Suryani Binti Hj. Ariffin @ Shaad melalui watak ‘Aku’ (Wana) mengisarkan naratif kepada persoalan ini yang diangkat menjadi subjek dalam cerpen ‘Sandiwara’. Teks kemudian membawa pembaca menyelami kehidupan Ibu Mariam, yang kematian suami dan ditinggalkan anak-anak yang sudah berjaya. Demikian, melalui program Jalinan Kasih  yang disertainya, ‘Aku’ dipertemukan pula dengan anak-anak yang ‘begitu tulus dan bersih di Pusat Bahagia.’ Mereka semua anak-anak yang kurang bernasib baik. Mereka berusia semuda sebulan sehinggalah 17 tahun. Ada antaranya merupakan mangsa penderaan, mangsa rogol, dan sebagainya. Naratif mencadangkan penerapan nilai keprihatinan secara tidak langsung yang perlu diterapkan dalam jiwa kita, bahawa mereka semua menjadi mangsa kepada percaturan sandirwara orang-orang yang tidak bertanggungjawab.

Kasih sayang dan nilai persaudaraan yang indah mengisi ruang ‘Hilangnya Bunga Cina’ karya Susannah Binti Abd. Raup. Hubungan adik-beradik seumpama air dicencang tidak kan putus. Demikian, Kayah bersaudara kandung dengan Jak Soo. Kayah semasa bayunya diserahkan kepada satu keluarga sebagai anak angkat. Pertemuan semula dengan adik bongsunya, Jak Soo menghubungkan semula ikatan  mereka yang terputus seketika, malahan kian mendalam di jiwanya. Keresahan Kayah tatkala mendapat perkhabaran Jak Soo yang jatuh sakit dan dirawat di hospital menggambarkan dengan jelas isi hatinya. Naratif ini digarap baik menggunakan segala sarana sastera yang termampu, dengan pautan beberapa peristiwa meruntun hati pembaca. Ia menawarkan mesej yang penting dalam jalinan hubungan kekeluargaan sekalipun berbeza agama anutan. Sebuah teks yang mudah dihadam pembaca, sarat nilai,  di samping mengangkat tinggi erti kemanusiaan

Penutup

KARYA di dalam ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ beragam sifatnya. Membawa pelbagai pemikiran juga, dengan gaya bahasa dan teknik persembahan yang relatif rencam. Ada yang sangat konvensional sifatnya, manakala yang lain menerapkan teori atau gaya penceritaan baharu dengan lebih berani. Ternyata, kekayaan latar budaya sangat mewarnai karya yang terkandung dalam ‘Perempuan Cinta dan Maruah’. Ia memberi makna, pengarang Borneo mampu menuangkan pengetahuan dan maklumat budaya ke dalam naratif secara yang santun dan bermakna. Ada jalinan halus terasakan di mana-mana, malahan memukau juga. Naratif  bagaimanapun ada yang sangat ketara disampaikan melalui gaya pemberitahuan berbanding membiarkan karya mengalir sendiri. Jika ini tidak segera ditipiskan, perkembangan dan kemajuan dalam penghasilan cereka bakal lambat terjadi.  Didominasi watak dan perwatakan wanita, dengan setengah-setengahnya digambarkan unggul, karya di dalam ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ condong ke feminisme. Walau bagaimanapun, keterbatasan ruang mengekang kupasan tentang aspek ini. Perkara ini menuntut ruang perbincangan yang lain, yang boleh dibentangkan secara bersungguh-sungguh serta mendalam kemudian. Manakala, kekayaan bahasa dengan segala istilah yang langka dalam kalangan pembaca di luar wilayah ini, sesungguhnya sesuatu yang menakjubkan. Tidak kurang 100 kata termasuk ungkapan dan ‘istilah sukuan’ dibawa ke dalam karya. Banyak yang menyentuh aspek budaya selain nama-nama umum makanan, pakaian, peralatan khusus yang disisipkan. Sumbangan ini amatlah besar dalam konteks penyatuan dan integrasi yang lebih luas. Keseluruhannya, ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ mempersonakan.

 

LIM SWEE TIN

Penerima S. E. A. Write Award, 2000

Akhir September, 2017

 

PEREMPUAN, CINTA DAN MARUAH

Kumpulan Cerpen Penulis Perempuan Borneo

Oleh: Kusni Sulang

Delegasi penulis Dayak Sabah yang tergabung dalam Perhimpunan Penulis Momogunsia bersama Lembaga Kebudayaan Dayak Kalimantan Tengah usai menandatangani Nota Kesepakatan (MoU) dalam bidang kebudayaan dan pendidikan. Foto & Dok.: Lembaga Kebudayaan Dayak Kalimantan Tengah, 2015

Atas prakarsa sastrawati terkemuka Sabah, Kathirina Susanna Tati, telah terbit pada akhir September 2017 lalu, sebuah antologi cerpen para penulis perempuan dari seluruh Pulau Borneo. Antologi dengan Kata Pengantar dari Prof. Madya DR. Lim Swee Tin, penerima South East Asia Writers Award, tahun 2000, menghimpun 26 cerpen dari 26 penulis perempuan. Terbitnya antologi cerpen para penulis perempuan dari seluruh Borneo ini sekaligus memperlihatkan potensi besar, kebangkitan serta peran para perempuan pulau raya yang terbelah menjadi tiga Negara: Indonesia, Brunei Darusalam dan Malaysia (Timur), dalam masyarakat.

Ide untuk membuat antologi dan berbagai penerbitan bersama tentang berbagai topik ini, sebenarnya sudah lama dipendam oleh para penggiat kebudayaan di pulau terbesar ketiga di dunia setelah Pulau Hijau dan, Australia. Ide ini kian mencuat setelah pada tahun 2015 sebuah Delegasi Penulis Sabah terdiri dari tujuh orang datang ke Palangka Raya, Kalimantan Tengah, disusul oleh kunjungan Delegasi Lembaga Kebudayaan Dayak Kalimantan Tengah pada tahun 2016 ke Kota Kinabalu dalam rangka menghadiri Pertemuan Sastrawan Etnik Serumpun.yang diikuti juga oleh utusan-utusan dari Philipina, Sarawak dan Brunei. Tukar-menukar kunjungan dan diskusi yang intens membuat ide kerjasama budaya ini kian memperoleh bentuknya. Terjalinnya kerjasama budaya barangkali bisa menjadi dasar terjalinnya hubungan berbudaya dan beradab yang sejatinya sejak bergenerasi ada antar etnik-etnik penghuni pulau, apalagi mereka adalah berasal dari etnik juga adanya.

Sebagai penyelenggara atau organisator penerbitan, Kathirina Susanna Tati, yang sehari-hari oleh teman-temannya dipanggil Kathy, dalam “Sekapur Sirih”nya memperkenalkan usaha ini antara lain menulis:

“Melihat pada sejarah dan geografi Tanah Borneo, banyak persamaan yang kita kongsi; peperangan, kekejaman penjajahan penderitaan di samping kerencaman budaya yang diwarisi sekalipun tidak 100% miripnya. Bukankah kita memiliki kesabaran dan kegigihan para wanita yang serupa dalam menjalani kehidupan sehari-harian, kasih sayang yang kita tumpahkan pada ibu-bapa, anak-anak, suami, keluarga termasuk kita.

Melihat persamaan ini dan keberadaan kita dalam kawasan satu tanah yang separuhnya hanya terpisah dengan sempadan belantara, sungai dan lingkaran kawat-kawat besi, kita tetap sesungguhnya bersaudara.Maka, terlintas pula di hati saya untuk mengeratkan lagi silatulrahim dan menyempitkan pula jurang perbezaan yang sedikit itu demi pertautan ukhuwah yang indah serta tali persaudaraan yang kejap terpintal.

Dengan itu, saya mencari beberapa penulis wanita yang datang dari seluruh Borneo, mewakili negara masing-masing, untuk bergabung melalui pengucapan sastera dan menjadikan antologi cerpen ini sebagai satu simbol ikatan atau jalinan kasih seantero Borneo. Saya berterima kasih kepada semua penulis yang sudi berkolaborasi dalam antologi ini, dan berharap persahabatan serta keakraban kita senantiasa terjalin harmonis, tulus dan teguh.”

Sedangkan Prof. Madya DR. Lim Swee Tin dalam Kata Pengantarnya antara lain menulis:

Cerpen naratif yang relatif singkat. Umumnya, cerpen hanya mengangkat sesebuah isu atau satu persoalan sahaja. Ia bersifat tertumpu kepada sesuatu pemikiran yang telah dipilih dan dicerna baik oleh pengarang; tidak sebagai novel yang jauh lebih panjang, banyak persoalan yang dihujahkan di dalamnya. Subjek yang idea pokoknya mungkin sahaja satu, serta tekal dibicarakan sepanjang penceritaan, watak pun pelbagai. Fokusnya terang di situ.

Dengan gemblengan sarana sastera, dan kelicikan seseorag pengarang menggubah karya, cerpen menjadi menakjubkan. Pembaca mencari estetik dari karya. Pembaca inginkan nilai tambah kepada kematangan dalam diskusi tentang sesuatu topik, selebihnya pembaca mahu melihat kekuatan watak dan perwatakan bagi menjadi cerminan kepada diri pula; baik bersifat keilmuan mahupun teladan. Dengan yang demikian, naratif meninggalkan impak makna.”

Kemudian ketika menutup pengantarnya, DR. Lim menyimpulkan pendapatnya tentang antologi ini dalam kata-kata:

“Karya di dalam ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ beragam sifatnya. Membawa pelbagai pemikiran juga, dengan gaya bahasa dan teknik persembahan yang relatif rencam. Ada yang sangat konvensional sifatnya, manakala yang lain menerapkan teori atau gaya penceritaan baharu dengan lebih berani. Ternyata, kekayaan latar budaya sangat mewarnai karya yang terkandung dalam ‘Perempuan Cinta dan Maruah’. Ia memberi makna, pengarang Borneo mampu menuangkan pengetahuan dan maklumat budaya ke dalam naratif secara yang santun dan bermakna. Ada jalinan halus terasakan di mana-mana, malahan memukau juga. Naratif  bagaimanapun ada yang sangat ketara disampaikan melalui gaya pemberitahuan berbanding membiarkan karya mengalir sendiri. Jika ini tidak segera ditipiskan, perkembangan dan kemajuan dalam penghasilan cereka bakal lambat terjadi.  Didominasi watak dan perwatakan wanita, dengan setengah-setengahnya digambarkan unggul, karya di dalam ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ condong ke feminisme. Walau bagaimanapun, keterbatasan ruang mengekang kupasan tentang aspek ini. Perkara ini menuntut ruang perbincangan yang lain, yang boleh dibentangkan secara bersungguh-sungguh serta mendalam kemudian. Manakala, kekayaan bahasa dengan segala istilah yang langka dalam kalangan pembaca di luar wilayah ini, sesungguhnya sesuatu yang menakjubkan. Tidak kurang 100 kata termasuk ungkapan dan ‘istilah sukuan’ dibawa ke dalam karya. Banyak yang menyentuh aspek budaya selain nama-namha umum makanan, pakaian, peralatan khusus yang disisipkan. Sumbangan ini amatlah besar dalam konteks penyatuan dan integrasi yang lebih luas. Keseluruhannya, ‘Perempuan, Cinta dan Maruah’ mempersonakan.”

Kalimantan Tengah dalam antologi cerpen para penulis perempuan Borneo ini diwakili oleh Andriani SJ Kusni dengan cerpennya ‘Patendu’ yang melalui tokoh-tokohnya melukiskan  tentang pola pikir dan mentalitas dominan dalam masyarakat kekinian di daerah ini.

Penghargaan, hormat dan terima kasih patut diberikan kepada Kathy yang selain penulis cerpen, juga novelis dan penyair, sebagai penyelenggara, demikian juga kepada DR. Lim dan semua kawan yang berkontribusi dalam mewujudkan ide dasar yang tentunya bukan sebuah jalan pendek. Mengutip kata-kata Kathy di antologi cerpen  “Perempuan, Cinta dan Maruah” ini: “Semoga kita terus maju jaya dan tabah sebagai pencetus kasih sayang”.

 

Telah disiarkan di:

Harian Radar Sampit, 15 Oktober 2017, Hal. 18

 

Ketrampilan Penulis Wanita Borneo

Oleh: Maulana Putera

Mingguan Malaysia, 21 Januari 2018

Antologi cerpen berjudul Perempuan Cinta dan Maruah membuka lembaran tahun baru ini bukan sahaja sebagai sumbangan besar kepada kegiatan sastera di negara ini malah ia sedikit sebanyak berjaya membuktikan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai lingua franca dan sekaligus mempamerkan ketrampilan penulis-penulis wanita di kepualauan Borneo yang meliputi Sabah, Sarawak, Kalimantan dan Brunei Darussalam.

Buku yang comel tapi agak tebal itu memuatkan sebanyak 26 buah cerpen pelbagai tema yang dihasilkan oleh cerpenis-cerpenis wanita berbakat dan profesional dari empat wilayah Borneo di bawah pentadbiran kerajaan dan pemerintahan – ASK yang berlainan dimana Sabah dan Sarawak terletak di Malaysia, Kalimantan-Indonesia, dan Brunei di bawah Sultan Brunei Darussalam.

Mungkin inilah kali pertama tenaga penulis-penulis wanita dapat digembleng dan dikumpul dalam sebuah antologi yang mungkin mencipta dan sejarah baru dalam menghasilkan karya sastera khususnya di Borneo dan Malaysia. Jika hakikat ini benar, usaha yang dijalankan oleh penerbitan ini patut mendapat penghargaan dan diberikan pujian sewajarnya.

Kejayaan yang serupa juga mungkin belum pernah dicapai oleh kaum penulis secara umum terutama penulis lelaki bukan sahaja di wilayah berkenaan waima di seluruh negara.

Buku antologi setebal 350 muka surat ini diselenggarakan oleh seorang penulis wanita, Kathirina Sussana Tati yang agak terkenal dan tidak asing lagi dalam kalangan para peminat sastera di Negeri di Bawah Bayu dengan menghasilkan karya kreatif termasuk cerpen. Yang lebih menarik lagi, kata pengantar antologi penulis wanita Borneo itu diberi penghormatan kepada sasterawan dan penyair terkenal tanah air, Dr. Lim Swee tin daripada Semenanjung.

Lim telah memberikan kata pengantar juga sering disebut sebagai “prakata” untuk memperkenalkan sebuah buku kepada khalayak pembaca agak panjang lebar sebanyak 20 muka surat dengan kata-kata pendahuluan dan penutupnya seolah-olah bertindak mengulas setiap karya yang dimuatkan dalam antologi berkenaan.

Mungkin tidak keterlaluan jika prakata bagi sebuah antologi karya sastera khususnya dalam bentuk cerpen seperti itu tidak perlu diulas satu per satu ceritanya dan mungkin memadai dengan memberikan gambaran tentang kandungan antologi berkenaan secara menyeluruh bagi gambaran dan makluman para pembaca sebelum membaca karya-karya kreatif yang dimuatkan dalam buku itu.

Seperkara yang dirasakan kekurangan yang mungkin perlu ditambah bagi cetakan kedua nanti, antologi cerpen ini tidak memuatkan biodata dan foto penulisnya bersama dengan cerpen yang disiarkan bagi tujuan pengenalan lebih-lebih lagi pada pembaca di luar Wilayah Borneo mungkin tidak kenal dan ingin mengenali penulis wanita berkenaan.

Presiden Badan bahasa dan Sastera Sabah, Datuk Jasni Matlani penerima anugrah SEA Write Award (Malaysia) 2015 ketika memperkatakan tentang penerbitan buku ini menyiratkan pengarang wanita Borneo yang menghasilkan karya masing-masing berjaya menuangkan pengetahuan dan maklumat budaya ke dalam naratif secara santun, bermakna, dan terdapat jalinan halus yang boleh dirasakan dimana-mana dan memukau khalayak pembaca.

Keseluruhan karya yang dimuatkan dalam buku ini mengujakan dan beragam sifatnya, membawa pemikiran masing-masing dengan gaya bahasa dan teknik persembahan yang relatif rencam.

Membaca cerpen-cerpen dipaparkan dalam antologi ini dengan menggunakan bahasa Melayu (Malaysia) telah membuktikan kepada kita tentang kemahiran penggunaan bahasa sebagai  lingua franca yang melibatkan wilayah berkenaan, ia dengan sendirinya menafikan dan menolak dakwaan setengah pihak untuk cuba mempertikaikan penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara ini.

Para pembaca juga berpeluang mengikuti kata-kata percakapan masyarakat tempatan dimana cerita berkenaan dikisahkan yang agak sedikit asing kepada mereka tetapi ada diberi catatan maknanya di glossari pada setiap penghujung cerpen itu. Di samping membantu bagi memahami cerita yang hendak disampaikan, pembaca berpeluang menambah pernbendaharaan kata dan mempelajari perkataan baharu yang mungkin sedikit asing.

Saya difahamkan cerpen-cerpen yang dimuatkan dalam antologi ini merupakan cerpen baru yang belum tersiar atau disiarkan dimana-mana media dan setiap penulis wanita terbabit hanya dibenarkan mengemukakan sebuah cerpen sahaja.

Tajuk antologi ini dipadankan dari sebuah cerpen menggunakan judul yang sama “Perempuan, Cinta, dan Maruah” hasil karya Kathirina Tati sendiri selaku penyelenggaranya juga dikenal sebagai “Kathy” yang banyak menghasilkan penulisan kreatif di akhbar Sabah.

Antara cerpen yang agak menarik ceritanya termasuk Sangai-Sangai karya Haini Karno (Sabah), Mandiri karya Ruhaini Matdarin (Sabah), Hilangnya Bunga Cina oleh Susanna Abd Raup (Sarawak), Patendu karya Andriani SJ Kusni (Kalimantan Tengah), dan Fuhyoo! Demi Cinta karya Sosonjan A. Khan (Brunei Darussalam).[]

 

Tentang Penulis:

Maulana Putera atau aslinya, Mat Piah bin Teh Deris.  Wartawan dengan Kumpulan Utusan Melayu 30 tahun hingga bersara, jawatan akhir Pengarang mingguan Jawi, Utusan Zaman. Kini Kolumis di akhbar Buletin Rakyat dwi mingguan dan Mingguan Perdana satu ketika dulu telah dihentikan penerbitan. Banyak menulis tentang politik, menghasilkan 3 buah buku politik: Igauan Dr. Mahathir (belum selesai), Kemenangan Pak Lah, Politiking Vs Kedaulatan Perlembagaan. Pernah memenangi hadiah Utama Pertandingan Penulisan Skrip Filem/TV FINAS 2007 dan pengkritik filem dan drama,  juga menghasilkan karya kreatif puisi dan cerpen pernah tersiar di Dewan Sastera dan lelain akhbar kumpulan Utusan.

 

Catatan:

Ulasan Mat Piah Teh Deris juga disiarkan oleh koran dwi mingguan Buletin Rakyat, Malaysia, Edisi 1 Februari 2018, berjudul Perempuan, Cinta, dan Maruah: Pamer Ketrampilan Penulis Wanita Borneo

 

 

 

 

PERANG GAGASAN DALAM SASTRA INDONESIA

PERANG GAGASAN DALAM SASTRA INDONESIA

Oleh: M. Muckhlisin

 

“Sehebat apapun ide dan gagasan dalam pikiran Anda, jika Anda tak punya kecakapan dan kejeniusan untuk menuangkannya dalam bentuk tulisan, maka ide-ide besar itu akan hilang dan lenyap, seiring dengan batas-batas usia Anda.”

 Pada zaman pendudukan Jepang, para jurnalis dan sastrawan berkarya sesuai dengan koteks zamannya. Pemberontakan terhadap pendudukan Jepang sangat dominan dalam puisi-puisi Chairil Anwar yang fenomenal. Fasisme Jepang marah besar, hingga memutuskan pembentukan kantor propaganda untuk menjegal karya seniman yang dianggap membangkang. Kita bisa memahami jika pada fase ini Sutan Takdir Alisjahbana (STA) absen dan tidak menulis satu karya pun dalam bentuk sastra. Memang karya-karya STA lebih bercorak pro-Barat, serta minim nuansa perjuangan kerakyatan. Meskipun STA memiliki kecakapan yang luar biasa untuk menuangkan gagasannya dalam bentuk karya sastra.

Di era tahun 1960-an, tarik-menarik antara kubu Lembaga Kebudayaan Rakyat (Lekra) dan Manifesto Kebudayaan (Manikebu) sangat mencolok. Lekra lebih mengutamakan pendidikan kerakyatan sesuai dengan garis politik partai, sedangkan Manikebu mengacu pada perjalanan kesusastraan dunia yang sedang berkembang. Dari sisi kepentingan nasionalisme Lekra lebih menonjol, karena sesuai dengan amanat bapak bangsa bahwa kemerdekaan tahun 1945 hanyalah jembatan emas. Bangsa Indonesia harus mencapai kemerdekaan dalam pengertian yang lebih imanen dan mendalam.

Baik kubu Lekra maupun Manikebu, sama-sama membangun benteng pertahanan, bersikukuh pada pendiriannya masing-masing. Agitasi dan propaganda di bidang kesenian terus disemarakkan, seiring dengan munculnya gerakan separatisme yang merongrong kemerdekaan RI (DI/TII, PRRI Semesta dan lain-lain). Hingga tak urung, Pramoedya Ananta Toer menyatakan bahwa di negeri yang subur dan makmur ini, bom waktu kolonialisme kapan saja bisa meletus.

Meletusnya peristiwa 30 September 1965 tak lepas dari pesan-pesan yang disampaikan sastrawan yang beberapa kali masuk nominasi nobel tersebut. Sampai di kemudian hari terhimpun data-data akurat bahwa kepentingan negeri-negeri imperialisme, melalui bantuan-bantuan dana kepada kekuatan militerisme Indonesia (Angkatan Darat) tak bisa disangsikan lagi. Dalam buku “Kekerasan Budaya Pasca-1965” (Wijaya Herlambang) disampaikan dengan cermat, bagaimana propaganda dan oligarki di bidang perbukuan, terlebih karya sastra, telah membuat banyak pihak kebakaran jenggot. Terutama para sastrawan sepuh yang selama ini berkarya untuk mengabdi sebagai anak-anak emas dewa kemenangan.

Pemikiran-pemikiran kaum liberal terus diproduksi dan disebarluaskan melalui media massa kapitalis. Hal demikian, untuk memisahkan kesenian yang berbasis kerakyatan dengan cita-cita kebudayaan imperialisme yang digalakkan oleh negeri-negeri kapitalis. Rendra dan Goenawan Mohamad di usia senjanya mengakui dengan legowo, bahwa kala itu mereka terhanyut dalam iklim dan suasana politik yang belum dimengerti. Dengan mendirikan Komunitas Utan Kayu (KUT) dan merekrut angkatan muda yang peduli pada kebenaran penulisan sejarah tentang peristiwa 1965, Goenawan rela mengabdikan dirinya di tengah-tengah mereka. Penulis novel “Pikiran Orang Indonesia” mengakui pertemuan para peneliti historical memories di Gedung Kebudayaan Jogjakarta beberapa tahun lalu, di mana Goenawan Mohamad, John McGlynn, Mary Zurbuchen, Hersri Setiawan dan Asvi Warman Adam bertindak selaku pembicara utama.

Terkait dengan itu, Pramoedya tidak hanya bicara dan menulis opini, tapi juga menuangkan gagasan besarnya dalam karya sastra yang menakjubkan. Baginya, rakyat Indonesia yang terkungkung penjajahan selama berabad-abad, harus berupaya keras untuk merebut kemerdekaannya. Bukan hanya kemerdekaan fisik dan badan, tapi juga merdeka secara kejiwaan, merdeka dari mental-mental inlander, bahkan merdeka dari kemungkinan munculnya bom waktu kolonialisme. Artinya, rakyat Indonesia harus mampu membebaskan diri dari kemungkinan munculnya penjajah-penjajah kesiangan, musang-musang berbulu domba. Dari orang-orang sakit hati dan pendendam, yang bangkit dari mental keterjajahan, kemudian tampil menjadi penjajah baru. Dulunya menjadi budak, setelah tampil sebagai penguasa dia gemar memperbudak dan memperalat rakyat yang dipimpinnya.

Karena itu pergerakan sastra sebagai alat perjuangan adalah keniscayaan, tak peduli apakah ia diterima publik atau tidak. Terlepas apakah ia dilayani penerbit kapitalis ataupun ditolak. Sampai pada akhirnya, oleh perjalanan waktu (terkadang berpuluh tahun) kaum resisten itu terpaksa mengakui kebenarannya. Seperti halnya pengakuan Jacob Oetama (Kompas dan Gramedia) yang di usia senjanya menyadari, “Pada prinsipnya kita harus mengakui semua pihak yang berjuang bersama-sama untuk mengajak di jalan kebaikan.”

Sastra sebagai alat perjuangan pada akhirnya bertemu dalam harmoni dan kesenyawaan untuk mengajak kebaikan bersama. Para penulis muda yang berpijak pada estetika sastra sebagai alat perjuangan semakin bermunculan. Termasuk jenis-jenis yang belakangan lebih bertumpu pada corak sastra Islam sebagai media perjuangan. Apakah hal tersebut menjadi suatu garis aliran atau partai? Apakah hal tersebut semacam pembelotan atau pengingkaran? Saya kira tidak. Sebagai negeri yang penduduk muslimnya terbanyak, alangkah wajar jika sastra yang bercorak Islam mendapat kesuksesan secara komersial. Di samping ia mengandung nilai estetika tersendiri, juga di dalamnya terkandung ketulusan untuk ikut berjuang mencerdaskan kehidupan bangsa.

Tapi melalui tulisan ini saya ingin menegaskan tentang adanya pola yang berulang dalam pertarungan dunia sastra, seperti dua pertarungan dalam cabang-cabang seni sebagai media dakwah, baik di bidang tulisan, musik hingga perfilman dunia. Dua kubu itu besandar pada corak pemikiran filsafat sebagai inti dari semua cabang ilmu kesenian, yakni antara idealisme dan eksistensialisme. Dakwah yang disampaikan sastrawan maupun seniman yang bertumpu pada filsafat eksistensialime, memandang kehidupan manusia dalam siklus kelahiran dan kematian sebagai mata rantai kebetulan belaka. Bagaikan benang-benang kusut yang merupakan kodrat dan takdir hidup yang diterima manusia apa adanya. Karena sejak lahir manusia tak pernah diberi kemerdekaan untuk memilih keluar dari perut siapa, di mana, kapan, bagaimana, dan mengapa harus menjadi manusia. Perspektif sastrawan yang bertumpu pada filsafat eksistensialisme ini nampak pada karya-karya Albert Camus, Sartre, Lorca, dan lain-lain.

Penderitaan dan kegetiran hidup sebagai tema sentral dari sastrawan beraliran eksistensialime, nampak pula pada beberapa karya sastrawan Indonesia seperti Iwan Simatupang, Putu Wijaya hingga Rendra. Meskipun akhir-akhir ini tidak sedikit para penerusnya yang memilih alternatif baru dengan mengambil corak sastra Islam, dengan keterampilan menulis yang sudah terbina dari upaya menikmati sastra Indonesia terdahulu.

Sedangkan dalam sastra beraliran idealisme, lebih terilhami pada kepercayaan dan iman kristiani sebagai pegangan religiusitas yang memengaruhi dunia sastra Eropa hingga Amerika, dan terus merambah bersamaan dengan maraknya politik etik di negeri-negeri jajahan mereka.

Di Indonesia, sejak zaman Balai Pustaka, kalangan sastrawan tak bisa melepaskan diri dari semangat untuk mendidik, terutama setelah ikrar Sumpah Pemuda hingga era kelahiran Indonesia sebagai suatu nasion. Setelah negara baru ini lahir, segala bidang kehidupan, tak terkecuali kalangan seniman dan jurnalis memiliki semangat bergelora untuk saling membangkitkan. Rakyat dididik agar pintar, dan gerak perubahan ke arah sana mesti dipercepat. Dengan demikian hingga hari ini, seniman dan jurnalis tak bisa melepaskan diri dari kodrat manusia yang harus bangkit dalam keterpanggilan dakwah, syiar, untuk mengajak orang-orang menuju jalan kebaikan, kebenaran, dan keindahan.

Seniman dan sastrawan tidak boleh berlari menjauhi rakyat, dan mereka harus menyadari bahwa keterpanggilan itu bukan berarti mengisolasi diri dalam biara, atau beritikaf di tempat-tempat ibadah. Mereka tidak boleh bergerombol dalam komunitas sastrawan yang eksklusif, menyuarakan kebenaran dengan gaya bahasanya sendiri yang sulit dimengerti orang, dan karenanya sulit mencapai legitimasi semua pihak.

Wilayah tulisan, literasi dan sastra, yang kemudian diakui dan dilegitimasi oleh banyak pihak, merupakan dunia tersendiri bagi orang-orang jenius yang aktif menekuni bahasa. Mereka bereksperimentasi dengan bahasa, serta keberanian mengorbankan ruang dan waktu untuk masuk dalam kegilaan menekuni bahasa. Sangat jarang orang yang diharapkan mampu memiliki ketekunan menggeluti bahasa, seperti halnya tidak semua orang memiliki ketabahan berhadapan dengan rumus-rumus matematika, ekonomi atau angka-angka dalam fisika kuantum.

Para penulis opini, jurnalis maupun sastrawan, adalah mereka yang berkarya dengan pemahaman dan filosofi hidupnya, tentang apa yang berguna bagi kemaslahatan umat. Semua itu tak lepas dari nilai-nilai esensial bagi kebaikan manusia agar dilajani. Mereka mempelajari tips-tips maupun teknik yang bagus untuk mempersembahkannya kepada Anda. Karena mereka meyakini, sehebat apapun ide dan gagasan dalam pikiran Anda, jika Anda tak punya kecakapan dan kejeniusan untuk menuangkannya dalam tulisan yang baik, maka ide-ide besar itu akan hilang dan menguap, seiring dengan batas-batas usia Anda. ***

 

*Penulis adalah mahasiswa Sekolah Tinggi Keguruan dan Ilmu Pendidikan (STKIP) Al-Bayan, Rangkasbitung, Lebak.

Ponpes Albayan

aponpesalbayan@yahoo.co.id

+62 859-5806-4526

http://epaper.radarsampit.net/arsip/byTanggal/2017-10-15